Wednesday, May 19, 2010

Sedih... Pilu... Sayu...

RESAH HATI

Jika manusia kehilangan sahabatnya,
dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya,
dimanakah dia akan menemukannya???
Bagaimanakah dia akan dapat memperolehnya kembali???

Bekerja dengan rasa cinta,
bererti menyatukan diri dengan diri orang lain dan kepada Tuhan.

Tapi bagaimanakah bekerja dengan rasa cinta itu ???
Bagaikan menenun kain, dengan benang, yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya kelak.


Pupuk lah rasa cinta & kasih di tempat baru...
Moga dapat mendamaikan hati yang lara...
Bila kita tidak dapat bekerja dengan kecintaan,
Tapi hanya dengan kebencian,
Lebih baik tinggalkan pekerjaan itu.
Lalu, duduklah di gerbang rumah ibadat dan terimalah derma
Dari mereka yang bekerja dengan penuh suka cita...

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

KAMI SAYANG CIKGU SAIDI

Saturday, May 15, 2010

HAPPY TEACHER'S DAY

A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.

A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.

A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.

A teacher is like Winter,
While it’s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.

Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;
You’re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude!

Thursday, May 13, 2010

HARI GURU SK JELAI 2010



"Learning is finding out what we already know. Doing is demonstrating that you know it. Teaching is reminding others that they know just as well as you. You are all learners, doers, and teachers." -- Richard Bach

Saturday, May 1, 2010

GUGURKAH TANGGUNGJAWAB SUAMI APABILA ISTERI BEKERJA ???

Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.
Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.
Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.

Monday, April 26, 2010

HARI PUTERI DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA


PADA : 30 APRIL 2010
HARI : JUMAAT
JAM : 2.15 PETANG
TEMPAT : SK LONG JAAFAR
PROGRAM : HARI PUTERI
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
DAERAH LARIT MATANG DAN SELAMA


Harap Maklum,...

Thursday, April 22, 2010

Kat KLCC



Picture nie lama dah amik...hilang..
Nie baru jumpa alik...

Monday, April 5, 2010

Monday, March 1, 2010

I'M BACK

Assalamualaikum... '
Setelah sekian lama tak masuk blog...
Pada tanggal 2-3-10 hari Selasa bermula lah episod baru pada tahun baru nie...
Dengan lafaz Bismillah hirrahman nirahim saya mula kan coretan.

Banyak kisah suka dan duka di lalui sepanjang penghujung tahun lepas...
Sekarang kita buka buku baru... bina hidup baru dengan azam baru...
Ya Allah sesungguhnya aku redha dengan segala dugaan mu... dan dengan dugaan yang datang dari mu membuatkan ku lebih dewasa.

Ku pohon dari mu ya Allah... kuatkan lah semangat ku untuk menempuhi segala ranjau kehidupan yang telah engkau aturkan bagi ku...
Kau kuatkan lah semangat ku bagi menempuhi dugaan yang mendatang.

Ya Allah sekiranya satu pintu kebahagiaan tertutup bagi kami... kau permudahkan lah kami untuk membuka pintu yang kedua.. dan jangan lah engkau leka kan kami di pintu pertama yang sudah pasti tiada penghujungnya...