Tuesday, September 8, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Selasa 8 September 2009 berlangsung Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Boyan. Seramai 50 orang peserta yang terlibat dalam majlis ini yang di ketuai oleh seorang ustaz. Mama merupakan salah seorang peserta dalam majlis nie....
Terasa insaf bila dapat menghadirkan diri dlm majlis mcm nie... majoriti yg khatam terdiri daripada golongan veteran dan ada diantaranya boleh di panggil opah...

Terdetik gak di sudut hati nie.. orang tua-tua berrebut rebut nak belajaq baca quran... nak khatam quran... tapi yang muda nie ... dok leka... lalai...alpa... termasuklah Ja sendiri... SO Ja tekad... sebelum mlm raya nak KHATAM...dah mula semalam. baru 6 helai.. mama jadi tok guru...

Kepada sesiapa yang membaca coretan Ja nie.. kt sini ada beberapa peringatan... Peringatan yang dapat ja kongsikan bersama semasa Ustaz memberi sedikit tazkirah....
1. Turunnya sejumlah malaikat ke bumi untuk mengaminkan doa yang di pohon oleh para pengkhatam al-quran...
2. Al-Quran akan mengadu pada ALLAH SWT sekiranya kita langsung tak membacanye di akhirat kelak...
3. Janganlah kita sekali-kali meninggalkan al-Qur’an dalam semua aspek kehidupan, kerana membaca al-Qur’an itu mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan bukan sahaja kepada pembacanya, bahkan kepada keluarga, masyarakat dan negara. <<< Kebahagiaan rumah tangga bergantung kuat kepa ini !!! SILA AMBIL PERHATIAN...

Nie je yang dpt Ja kongsikan ngan readers yg sempat visit blog Ja..

No comments:

Post a Comment